suria

Dulu bentuk cendawan, kini ada pau cili, jagung

BEBERAPA tahun lalu, tular kisah pau berbentuk cendawan yang dijual di Putrajaya.

Kini ia muncul kembali apabila juadah sama didapati kembali dijual di bazar Ramadan di Jalan Prima 5/1, Taman Puchong Prima.

Peniaga gerai dim sum menawarkan pau bukan saja yang berbentuk cendawan, tetapi juga cili, udang dan jagung.

Niesrif Afifah, 19, yang juga pembantu di gerai itu berkata, bentuk pau itu menandakan inti di dalamnya.

Misalnya, bagi pau berbentuk udang, ia berisi sambal udang, manakala cili pula berinti sambal ikan bilis.

Pau itu mula dijual di gerai itu sejak dua tahun lalu.

Harga yang ditawarkan adalah RM3.50 untuk satu atau tiga untuk RM10, manakala dim sum pula dijual antara RM1 dan RM4 mengikut saiz.

pau, dim sum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain