KEBENARAN untuk menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin kini diberikan kepada suami yang yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19. Perkara itu maklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan terbaharu di laman sosial Twitter rasminya pada Isnin. Artikel Berkaitan: Pernah main 12 jam sehari, sampai seluar koyak! Selepas 4 tahun 'berpisah', guru sarung roller blade lagi... rupa-rupanya dapat jodoh pun di bowl! Artikel Berkaitan: Makin turun, 10,959 kes baharu Covid-19 direkod Menurut Khairy, beliau telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk membenarkan bakal bapa menemani isteri di dewan bersalin sekiranya mereka lengkap divaksinasi dan mendapat keputusan negatif ujian Covid-19.HANYA golongan suami yang lengkap divaksinasi dan mendapat keputusan negatif ujian Covid-19 yang dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin. — Twitter Khairy Jamaluddin Hantaran itu dikongsi beliau sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial di Twitter. Pengguna itu memohon agar golongan bapa yang lengkap divaksinasi dan keputusan ujian Covid-19 negatif supaya dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin. Noor Hisham turut membalas status berkenaan. "Ya, akan laksanakan apa yang diperlukan,” tulis Noor Hisham. Tahun lalu, susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri dalam bilik bersalin. — Twitter Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI