suria

Mangsa nahas motor Pulau Pinang tak sempat tatap wajah bayi, isteri hamil terkejut dapat khabar duka awal pagi

Norhanazielah Hanazi, 28, dijangka bersalin minggu depan.

HASRAT tak kesampaian.

Begitulah kisahnya mengenai mangsa nahas motosikal Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi yang tidak sempat menatap wajah anak ketiganya.

Lelaki berusia 25 tahun itu maut dalam kemalangan motosikal berkelajuan tinggi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Ahad, yang turut menyaksikan tiga yang lain maut.

Menurut Norhanazielah Hanazi, 28, yang dijangka bersalin minggu depan, Muhamad Eizreel menghantar mesej kepada untuk bertanyakan tentang keadaan dia dan dua anak perempuan mereka pada jam 2 pagi Ahad.

Panggilan seterusnya yang dia terima adalah daripada rakannya, memberitahunya tentang kemalangan melibatkan suaminya.

“Saya sedang menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga pada 27 Julai.

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa naik satu level! Jadi penceramah di sekolah, tapi netizen bengang kenapa jemput mat rempit... Cikgu pun tak setuju!

“Tiga hari lalu, saya juga bertanya sama ada dia telah memilih nama untuk bayi lelaki itu. Dia berkata dia hanya akan membuat keputusan kemudian.

"Dia benar-benar ingin melihat anaknya," kata Norhanazielah, yang mempunyai dua anak perempuan berusia empat dan lapan tahun.

Dia bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

“Kedua-dua anak saya mula menangis apabila diberitahu bapa mereka telah meninggal dunia,” katanya.

kemalangan2

Dua kereta turut dirempuh dari belakang oleh penunggang motosikal yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Muhamad Eizreel, Muhammad Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, maut dalam kemalangan pada awal pagi Ahad.

Mangsa keempat, Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, meninggal dunia di hospital kemudian.

Tiga lagi – Mohd Haziq Harris, 34; Muhammad Rahimi Shukor, 19; dan Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22 – cedera dan kini berada di Hospital Pulau Pinang.

Mereka dipercayai antara ratusan penunggang motosikal yang kerap berkumpul untuk berluma haram di lebuh raya itu kira-kira jam 4 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata seorang daripada tiga mangsa di hospital itu masih kritikal manakala yang lain dalam keadaan stabil.

Soffian berkata beberapa penunggang motosikal disyaki terlibat dalam perlumbaan haram.

Dipercayai ada antara mereka hilang kawalan lalu merempuh antara satu sama lain.

Dua kereta turut dirempuh dari belakang oleh penunggang motosikal yang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain