KISAH seorang pelawak wanita yang menghina Islam hangat diperkatakan netizen sejak Sabtu lalu. Dalam perkembangan semasa, salah seorang pengasas kelab komedi kontroversi di ibu negara direman sehari. Ia berhubung penularan dua klip video memaparkan dirinya membuat persembahan lawak jelik berunsur perkauman. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial Video terbabit dipercayai dirakam di kelab komedi tersebut memaparkan suspek membuat persembahan komediri di hadapan penonton. Menurut setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada Khamis. "Polis mengesahkan bahawa lelaki warga tempatan berumur 39 tahun yang ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan mengenai penularan dua klip video di sebuah kelab komedi, telah dibenarkan reman selama satu hari oleh majistret iaitu pada Jumaat. "Suspek akan diberi jamin polis pada petang Jumaat memandangkan siasatan memerlukan kehadiran suspek telah selesai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, suspek yang merupakan pengasas bersama kelab komedi terbabit ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kelab komedi tersebut merupakan kelab sama di mana seorang wanita, Siti Nuramira Abdullah membuat persembahan lawak jelik yang didakwa menghina agama Islam apabila dia tampil berbaju kurung dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum membuka bajunya menampakkan pakaian mencolok mata. Isu tersebut bertambah hangat apabila klip video memaparkan suspek yang juga salah seorang pengasas dan pemilik kelab komedi berkenaan didakwa membuat persembahan berbaur perkauman. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI