suria

Warga emas berdepan detik cemas, kepala tersangkut kerusi plastik selepas terjatuh

Bomba membantu seorang warga emas selepas kepalanya tersangkut pada sebuah kerusi plastik. Foto: Sinar Harian

MALANG tidak berbau!

Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada sebuah kerusi plastik selepas terjatuh di rumahnya di Taman Seri Puteri Meru, Klang, pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.15 tengah hari itu, warga emas wanita berusia 78 tahun itu ditemui oleh jirannya yang kemudian terus membuat panggilan kepada pasukan bomba.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna aplikasi navigasi dari Johor ke KL, kereta dipandu warga emas tersesat masuk laluan motosikal

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 12.18 tengah hari.

"Sampai di lokasi pasukan penyelamat mendapati seorang warga emas berumur 78 tahun telah terbaring di lantai dan kepalanya telah tersangkut pada kerusi plastik.

"Mangsa ditemui dalam keadaan sedar tetapi tidak bermaya. Mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai terjatuh sebelum tersangkut pada kerusi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hafisham berkata, pasukan penyelamat mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.

Katanya, wanita berusia 78 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain