NGERI dan menyayat hati. Begitulah situasi tepat untuk menggambarkan kejadian kemalangan melibatkan tiga treler, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta awal pagi ini. Kejadian yang berlaku di kilometer 381.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Slim River turut tular selepas orang awam berkongsi video kejadian menerusi aplikasi TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 12.50 pagi. "Kemalangan melibatkan tiga buah treler muatan besi dipercayai melanggar SUV jenis (Nissan X-Trail) dan kereta jenis Proton Iriz," ujarnya dalam sat kenyataan. Terdapat seorang mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kejadian turut menyebabkan aliran trafik terhalang selama beberapa jam. Terdapat seorang mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi. Setakat 7.45 pagi, semua lorong di kawasan kemalangan itu masih ditutup kepada pengguna jalan raya, lapor @plustrafik menerusi Twitter. Bagaimapaun, @plustrafik pada jam 8.48 pagi memaklumkan bahawa lorong tengah dan kanan dibuka kepada pengguna. "Status terkini lorong kiri masih ditutup bagi kerja pengalihan. Lorong tengah dan kanan telah dibuka. Laluan kontra telah dinyahaktifkan. "Trafik perlahan 3.5KM arah Selatan dan sesak 16KM arah Utara. Sila rancang perjalanan anda," tulis pengendali Twitter @plustrafik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI