KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Antara yang tetamu yang hadir adalah ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional (BN). Majlis berbuka puasa bersama Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN itu bermula kira-kira pukul 6.15 petang sejurus selepas mesyuarat MT Umno yang berlangsung di Menara Dato' Onn. Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin turut diundang menyampaikan ceramah sebelum berbuka puasa.