KUALA LUMPUR: Usul bagi membahaskan mengenai isu penggunaan pelbagai bahasa di papan tanda jalan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dtolak Dewan Rakyat hari ini.Alasan penolakan usul yang dikemukakan oleh Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) itu disebabkan ia tidak perlu disegerakan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan penolakan tersebut sebelum bermulanya sesi Perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2009, di Parlimen di sini, hari ini."Sesuatu usul itu perlu memenuhi tiga keperluan iaitu usul yang tertentu, kepentigan orang ramai dan perlu disegerakan."Namun saya tidak nampak keperluan ketiga memenuhi usul ini kerana ia tidak perlu disegerakan," katanya.