KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan, membuat satu laporan polis di sini hari ini terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Bahagian itu Amran Abdul Rahman di Balai Polis Sentul di sini tengah hari tadi. Amran berkata laporan itu dibuat kerana Tengku Adnan didakwa menyalahgunakan kuasanya berhubung satu arahan bertulis kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan berkaitan mesyuarat cawangan. BERNAMA