suria

UPP rampas minyak masak dibawah timbunan biskut

KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas minyak masak, tepung dan gula yang disembunyikan di bawah timbunan biskut dalam sebuah lori, dipercayai cuba diseludup ke Thailand.

UPP dalam kenyataan kepada Bernama hari ini berkata anggota risik UPP Kuala Perlis menahan sebuah lori yang mencurigakan pada pukul 2.15 petang semalam di Batu Lima, Jalan Kuala Perlis-Changlun.

Semasa diperiksa lori itu kelihatan seperti membawa biskut, tetapi hasil pemeriksaan rapi, UPP menemui 1,200 kilogram minyak masak, 260 kilogram gula dan 630 kilogram tepung gandum yang keseluruhannya dianggar bernilai RM4,700, kata kenyataan itu.

Seorang lelaki rakyat tempatan berumur 51 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan kenderaan yang dipandunya bernilai kira-kira RM11,000 turut dirampas. BERNAMA

Artikel Lain