suria

Tiga lelaki menyamar polis larikan barangan berharga

KUALA LUMPUR:Tiga beranak kehilangan barangan berharga termasuk barangan kemas bernilai RM9,000 apabila rumah mereka dimasuki tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di Batu 4, Jalan Gombak awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata salah seorang suspek yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman itu turut cuba merogol seorang anak perempuan mangsa berusia 25 tahun.

"Suspek yang berpakaian preman mengetuk pintu rumah mangsa kirakira pukul 6 pagi sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Suspek mendakwa terdapat seorang pendatang tanpa izin dalam rumah tersebut.

"Mangsa (ibu) yang membenarkan suspek memasuki rumahnya tergamam apabila melihat suspek mengambil barangan berharga dalam rumah itu dan memaksa dia dan anakanaknya (keduaduanya perempuan berusia 25 dan 28 tahun) menyerahkan barangan kemas yang terdapat pada tubuh mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Zakaria berkata salah seorang suspek kemudian cuba menarik anak perempuan mangsa memasuki bilik dipercayai untuk merogolnya, tetapi sempat dihalang ibunya, seorang suri rumah berusia 44 tahun.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 30an itu kemudian beredar keluar dari rumah tersebut menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback.

"Kesemua suspek melakukan kesalahan mengikut seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis dan Seksyen 395 kerana menyamun," katanya.

Sehubungan itu, Zakaria menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangwenangnya membenarkan orang yang tidak dikenali, termasuk yang mendakwa diri mereka pihak berkuasa, memasuki rumah.

"Jika benar dia mendakwa dirinya anggota polis, suruh mereka tunjukkan kad kuasa polis. Mereka juga perlu memakai pakaian uniform polis dan mempunyai waran sebelum dibenarkan menggeledah sesebuah rumah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain