suria

ADUN Bukit Selambau pula "hilang"

GAMBAR FAIL... ini menunjukkan ADUN kerusi Bukit Selambau, Arumugam Vengatarako ketika mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, Pekerja Ladang dan Masyarakat India pada 5 Mei lalu di Wisma Darul Aman. Arumugam memenangi kerusi DUN Bukit Membau sebagai calon Bebas sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat. -fotoBERNAMA

SUNGAI PETANI: Anggota Exco Kerajaan Negeri yang telah disahkan meletakkan jawatan, V. Arumugam "menghilangkan diri" tanpa sebarang berita.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India itu gagal ditemui dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon termasuk daripada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Saya cuba menelefon Arumugam tetapi beliau gagal dihubungi," kata Azizan kepada pemberita di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu juga tidak menghadiri majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Sultan Kedah yang berlangsung di Istana Anak Bukit di sini pagi semalam.

Tinjauan Bernama ke rumah sewanya di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini mendapati rumah itu telah kosong.

Rumah itu berkunci dan menurut beberapa jirannya yang enggan dikenali, Arumugam kelihatan keluar bersama keluarganya tiga hari lepas.

Wartawan Bernama juga cuba menghubungi malah turut menghantar pesanan ringkas (SMS) tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Azizan dalam sidang medianya berkata Arumugam disahkan meletak jawatannya sebagai anggota Exco dan telah mengirim surat peletakan jawatan itu kepada Sultan Kedah kerana baginda yang melantiknya.

Bagaimanapun Arumugam tidak membuat salinan surat peletakan jawatan itu kepada Azizan.

Katanya, pembantu Arumugam memberitahu alasan beliau melepaskan jawatan Exco adalah kerana masalah peribadi, bukan berkaitan kerajaan negeri pimpinan PAS dan beliau masih menjadi ADUN Bukit Selambau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain