suria

Zambry tidak tanding kerusi MT Umno

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti bulan depan atas alasan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri.

Beliau berkata, pelantikan sebagai Menteri Besar menuntut beliau memberikan tumpuan penuh kepada negeri dan terpaksa melupakan sementara hasrat menyertai pertandingan dalam parti.

"Sekiranya saya tidak menarik diri, saya terpaksa menjelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan diri dan berjumpa dengan seluruh perwakilan.

"Oleh itu adalah diharapkan semua ahli Umno memahami dan menghormati keputusan yang dibuat ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zambry adalah di antara tujuh calon dari Perak yang melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan MT pada perhimpunan agung Umno yang dijadualkan dari 24 hingga 28 Mac ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain