TERIMA KEKALAHAN... Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno akur menerima kekalahannya.Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerima kekalahannya dengan hati terbuka dan berjanji membantu mengukuhkan parti.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata apa yang penting adalah untuk merapatkan barisan parti bagi menghadapi cabaran semasa dan mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno. "Dalam pertandingan ada menang dan kalah. Bagi saya tiada perasaan yang begitu mendalam, saya terima ini sebagai keputusan perwakilan. Umno kena jalan terus," katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan parti diumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mendapat 1,575 undi menewaskan Muhammad, yang juga Ketua Penerangan Umno. BERNAMA