TETAP HADIR...Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir dengan penuh ceria apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) menghadiri hari terakhir perhimpunan itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Beliau turut mengesahkan kesediaannya menyertai semula parti yang pernah diterajuinya itu. Kehadirannya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada perwakilan selain disambut dengan pelukan oleh para pemimpin lama dan baru parti termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kanan), Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau akan menyertai Umno semula.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'. "Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan," katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolaholah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersamasama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku."Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya.Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini."Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan," katanya.Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah."Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya di dalam blog itu. Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno harus berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk orang tertentu di dalam parti jika ia mahu kembali kukuh dan diterima semula."Tanpa rakyat, Umno tidak boleh menang. Pengukuhan Umno serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Apakah ia betulbetul berjuang untuk rakyat atau untuk orang tertentu," katanya.Dr Mahathir turut bersetuju dengan saranan supaya sistem kuota dihapuskan bagi pemilihan Umno dan digantikan dengan sistem satu anggota.Namun, katanya, apa yang lebih penting adalah supaya anggotaanggota Umno tidak mengamalkan politik wang."Kalau boleh diadakan di mana semua pihak boleh membuat pilihan, itu memang baik.Tapi apa sistem yang kita buat, kalau tukar 10 kali pun, kalau ahli-ahli Umno lebih utamakan wang untuk diri sendiri, Umno akan hancur," katanya.Ditanya mengenai peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib, Dr Mahathir berkata:"Peralihan ini berkaitan Presiden Umno, yang lagi satu (peralihan) berkenaan dengan Perdana Menteri. Itu saya harap akan dilakukan."Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi menghadapi cabaran mendatang."Kalau tanya pendapat, bolehlah. Macam Pak Lah jugak, dia kata dia boleh beri pendapat, saya pun boleh beri pendapat saja," katanya.Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan Umno yang baru, Mahathir berkata:"Ada yang tak menyenangkan hati juga...."Sementara itu, anak lelaki ketiga Dr Mahathir, Datuk Mukhriz berharap bapanya akan kembali semula menyertai Umno secepat mungkin setelah meninggalkan parti itu sejak Mei tahun lepas."Itu yang kita nantinantikan. Memang ayah saya sebelum ini telah berjanji bahawa pada hari Datuk Seri Najib mengambil alih presiden parti, maka beliau akan menyerah borang untuk menjadi ahli."Alhamdullilah itu (Najib menjadi presiden) telah menjadi kenyataan. Jadi kita rasa begitu senang hati dengan perkembangan terbaru ini.(Bagaimanapun) saya tidak pengaruhi ayah saya untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno 2008 di sini.Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada hari terakhir perhimpunan itu sebagai satu kelebihan dan keterbukaan Umno yang tidak ada pada parti pembangkang."Saya rasa begitu terharu kerana Umno ada caranya sendiri dan hari ini jelas dari segi keramatnya Umno, dengan izin Allah, merapatkan barisan kita, bukan sahaja barisanbarisan baru tetapi dari segi kehadiran Tun Mahathir sendiri yang tergerak untuk bersamasama dengan kita hari ini."Inilah kelebihan yang ada pada Umno dan saya sebagai Naib Presiden baru dilantik, saya tengok asasasasnya telah pun dibina.Sekarang ini terserah kepada pemimpinpemimpin yang telah diamanahkan ini untuk menjalankan tugas," katanya.Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengalualukan kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno kerana tindakan itu akan memperkuat lagi Umno dan juga kerajaan.Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut melahirkan kegembiraannya dengan kehadiran Dr Mahathir bersama Abdullah dan Najib yang digambarkannya sebagai "detik permulaan, era baru untuk Umno."Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata pertemuan Abdullah dan Dr Mahathir dalam perhimpunan kali ini menunjukkan perpecahan adalah perkara yang tidak seharusnya berlaku (terutama sekali) kerana Umno akan menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini terutama bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, nanti."Ahli Umno tidak boleh berpecah belah dalam soal semangat dan gerak kerja," katanya. BERITA TERDAHULUTun Mahathir buat kejutan hadir Perhimpunan Umno Terdahulu, Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan, hadir untuk mengikuti sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, PWTC hari ini.Bekas presiden Umno itu tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantas disambut dengan tepukan gemuruh para anggota perwakilan.Dr Mahathir yang berkemeja warna ungu kemudian melambai kepada perwakilan yang berdiri sebagai tanda penghormatan terhadap beliau.Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.Muhyiddin berkata kedatangan Dr Mahathir seolah-olah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru, sekaligus disambut oleh tepukan gemuruh para perwakilan.Perdana Menteri Datuk Seri Abddullah Ahmad Badawi dan Presiden Umno yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak turuk bertepuk tangan mengalualukan kehadiran pasangan itu.Najib dalam ucapan penggulungannya menyifatkan Tun Mahathir sebagai tetamu yang istimewa.Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kemudian duduk di galeri pemerhati bersama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengikuti hari terakhir perhimpunan itu.Sebelum ini Dr Mahathir menulis di dalam blognya bahawa beliau tidak hadir pada perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lepas kerana menganggap parti itu telah tercemar dengan amalan rasuah dan politik wang.Dr Mahathir mengumumkan keluar parti pada 19 Mei 2008 kerana hilang keyakinan terhadap Umno. BERNAMA