suria

Suri rumah mengaku tidak bersalah hina Sultan Perak

BUTTERWORTH: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.

Khoo Hui Shuang, 27, dari Permatang Pauh dekat sini, didakwa melakukan perbuatan itu bersamasama suaminya Chan Hon Keong, 26, di No.5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh pada kirakira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 292 yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau keduaduanya.

Suami Khoo telah didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan yang sama pada 13 Mac lepas.

Pendakwaan terhadap Khoo dilakukan hari ini memandangkan dia tidak hadir di mahkamah untuk prosiding pada 13 Mac lepas kerana berada di Sarawak.

Pada prosiding hari ini, Khoo diwakili peguam Jagdeep Singh Deo manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Radhi Abas.

Selain pertuduhan itu, Khoo juga menghadapi pertuduhan pilihan bersamasama suaminya mengedarkan komen lucah itu menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu internet dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.

Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan keduadua kes itu serta membenarkan Khoo diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. BERNAMA

Artikel Lain