suria

Manohara Odelia didakwa 'didera' muncul bersama Tengku Temenggong Kelantan

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka. foto Mingguan Malaysia

PETALING JAYA: Pasangan diraja Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, yang juga model terkenal Indonesia - yang sebelum ini didakwa mengalami masalah rumah tangga dengan Manohara didera, muncul di khalayak pada satu majlis di Kota Bharu semalam.

Mereka menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan kemunculan pasangan berkenaan yang sejak kebelakangan menjadi tumpuan media khususnya media Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dengan Manohara didera secara fizikal dan mental.

Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyebut, kehadiran mereka berdua yang tiba pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota, Kota Bahru pada 1.40 tengah hari semalam, menarik perhatian orang ramai yang memeriahkan majlis tersebut.

Laporan itu menambah, pada majlis tersebut Tengku Mohammad Fakhry dilihat berpegangan tangan engan isterinya, malah mereka juga kerap berbual sambil tersenyum kecil.

Selain itu, pasangan berkenaan tidak melepaskan peluang bermesra dengan rakyat jelata dan bersalam-salaman dengan tetamu.

Kisah Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas ibunya, Daisy Farajina mendakwa anaknya itu telah 'diculik' oleh Tengku Mohammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari lalu.

Manohara turut pernah muncul pada majlis-majlis rasmi diraja sebelum ini.

Pada 31 Mac lalu, Manohara telah mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa, Kota Bahru sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain