suria

ADUN BN buat laporan dakwa Sivakumar salah guna kuasa

IPOH: Seramai 27 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Barisan Nasional (BN) bersama tiga ADUN Bebas membuat laporan polis semalam terhadap bekas Speaker, V.Sivakumar yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan yang berlaku semasa persidangan Dewan 7 Mei lepas.

Kesemua mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri tiba di Balai Polis Sungai Senam di sini pada pukul 2.15 petang untuk membuat laporan mereka.

Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain