suria

Jumlah korban nahas pesawat Hercules mungkin lebih 100

Pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang cedera dan maut dalam nahas pesawat tentera Indonesia yang terhempas di Indonesia hari ini.
Pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang cedera dan maut dalam nahas pesawat tentera Indonesia yang terhempas di Indonesia hari ini.
Pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang cedera dan maut dalam nahas pesawat tentera Indonesia yang terhempas di Indonesia hari ini.

JAKARTA: Jumlah kematian akibat nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNIAU) di Magetan, Jawa Timur pada 6 pagi ini dikhuatiri melebihi 100 orang daripada kirakira 130 orang penumpang dan anak kapalnya.

Sehingga tengah hari ini, jumlah yang dilaporkan pelbagai media massa tempatan masih berbezabeza antara lebih 90 orang dan lebih 100 orang kerana ia turut mengakibatkan kematian penduduk yang rumah mereka hancur dihempap serpihan pesawat.

Seorang jurucakap TNIAU Bambang Sulistyo dipetik oleh laman web berita detikcom sebagai berkata jumlah kematian yang telah disahkan ialah 78 orang manakala agensi berita Antara yang memetik jurucakap lain melaporkan 10 orang selamat dalam kemalangan itu.

"Setakat ini 78 orang dinyatakan meninggal dunia dan telah dikeluarkan dan dibawa ke Rumah Sakit Iswahyudi," kata Bambang, sambil menambah identiti semua jenazah sedang dikenal pasti.

Stesen TV tempatan pula melaporkan 15 orang terselamat dan dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi keadaan kecederaan mereka tidak dapat dipastikan kerana kawalan ketat oleh pihak berkuasa dan hospital, tetapi kebanyakannya dikatakan melecur.

Menurut TNIAU pesawat itu membawa pelbagai keperluan logistik untuk anggota tentera di wilayah timur Indonesia dan semua penumpang terdiri daripada anggota tentera dan keluarga mereka, termasuk 10 kanak-kanak.

Jurucakap Markas Besar TNI, Sagom Tamboen dilaporkan berkata pesawat itu membawa sembilan anak kapal dan mengangkut 98 penumpang, termasuk 88 dewasa dan 10 kanak-kanak yang semuanya keluarga anggota TNI.

Tiga mangsa yang bukan penumpang dan kru pesawat Hercules C130 itu pula ialah Rosidi, Warsim dan seorang lain, yang mati ketika sedang berada dalam rumah yang dihempap pesawat itu, katanya yang dipetik agensi berita Antara.

Beliau berkata memandangkan usaha mengeluarkan mangsa masih dijalankan, angka kematian berkemungkinan meningkat daripada 78 orang yang sudah disahkan setakat ini.

Sementara itu Komandan Pemeliharaan Material TNIAU Sunaryo pula berkata Hercules C130 bernombor A1325 yang terhempas itu baru setahun menjalani penyelenggaraan di Depo Pemeliharaan 10 Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung.

"Setelah setahun menjalani penyelenggaraan mesin, pesawat sudah menjalani 800 jam terbang dan masih sangat layak terbang," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan