PUTRAJAYA: Walaupun dianggap penyakit berjangkit, jangkitan Influenza A (H1N1) masih dianggap penyakit yang sederhana bahayanya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana ia tidak mengakibatkan jumlah kematian yang ramai sehingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.Beliau berkata sehingga pagi ini jumlah kematian yang disebabkan jangkitan penyakit itu di seluruh dunia meningkat kepada 79, manakala kes yang disahkan berjumlah 9,855. "Bagaimanapun orang ramai tidak seharusnya terlalu selesa dengan keadaan itu kerana terdapat kebimbangan kemungkinan berlaku gelombang kedua akibat mutasi virus berkenaan boleh membawa kesan lebih besar," kata beliau yang baru kembali dari mesyuarat WHO di Geneva, ketika ditemui di sini hari ini.Menurutnya orang ramai tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk mengawal penyakit itu, sebaliknya perlu turut sama memainkan peranan masingmasing dengan menjaga kebersihan diri dengan lebih rapi."Orang ramai perlu membasuh tangan dengan sempurna, termasuk kuku, di depan dan juga belakang tangan, dibasuh dengan air dan sabun," katanya."Bagi yang bersin atau batuk, mereka perlu menutup mulut dan hidung masingmasing supaya ia tidak tersebar kepada orang lain. Tutup ia menggunakan kain atau tisu atau apa saja, kemudian buang ia dan basuh tangan," tambahnya.Dr Mohd Ismail berkata WHO juga masih sedang mengkaji virus itu, di mana ada keskes Influenza A (H1N1) yang dikesan menunjukkan tandatanda jangkitan yang berbeza."Bukan semua pesakit akan demam, 25 peratus pesakit sebaliknya mengalami ciritbirit," katanya.Dr Mohd Ismail berkata beliau turut mendengar laporan yang baik dari lainlain negara yang menghadiri mesyuarat, yang turut memuji langkahlangkah yang diambil Malaysia dalam mengawal penyakit itu."Mereka mengatakan bahawa Malaysia membuat persediaan yang cukup baik, melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan dengan baik, sangat profesyenal dalam pendekatannya yang seimbang antara panik dan berjagajaga," katanya.Ditanya sekiranya mesyuarat itu memutuskan untuk meningkatkan tahap amaran daripada lima kepada enam, Dr Mohd Ismail berkata ia mungkin tidak akan ditingkatkan kerana ia boleh membawa implikasi global. BERNAMA