suria

2 lagi kes H1N1 di Singapura

SINGAPURA: Singapura mencatat dua lagi kes Influenza A (H1N1) semalam, menjadikan kes yang ke-10 dan ke-11 yang dialami di negara ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, kedua-dua pesakit tiba di republik ini dengan penerbangan Singapore Airlines SQ25 dari New York melalui Frankfurt pada 1 Jun lalu, yang turut membawa pengidap kes ketujuh.

Penghidap ke-10 itu merupakan wanita rakyat Singapura berumur 33 tahun yang berada di New York dari 23 hingga 30 Mei, yang pulang ke rumahnya dengan teksi dari lapangan terbang dan kemudiannya didapati mendapat simptom di pagi yang sama.

Beliau dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) di sebuah hospital tempatan sebelum tengah malam 2 Jun.

Pesakit ke-11 merupakan pengunjung dari Amerika berumur 18 tahun yang disambut di lapangan terbang oleh saudaranya dan membawanya pulang dengan teksi.

Beliau mengalami simpton pada tengah hari semalam lalu saudaranya membawanya dengan teksi untuk menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Raffles Hospital di sebelah petang dan kemudian telah dihantar ke CDC.

CDC hanya mengesahkan keduadua pesakit dijangkit Influenza A lewat semalam, kata kementerian itu. -BERNAMA

Artikel Lain