suria

Wanita yang mati di asrama UTM tercicir dari universiti

JOHOR BAHARU: Seorang wanita yang ditemui mati bersama bayi lelakinya di asrama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, adalah pelajar yang tercicir dari universiti.

Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM Sabri Ahmad berkata mangsa yang berumur 26 tahun itu gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lepas.

"Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei, dan sebelum ini merupakan pelajar fakulti Sains," katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Baharu (Utara) ACP Ruslan Hassan berkata polis telah pun mengambil sampel DNA bayi berkenaan untuk mengesan bapanya.

Beliau berkata wanita yang masih bujang dan berasal dari Kelantan itu dipercayai meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah semasa melahirkan anaknya.

Seorang warden menemui keduadua mayat di asrama kira-kira 5 petang.

Siasatan awal menunjukkan keduadua beranak itu meninggal dunia sejak dua hari lepas.

Ruslan menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi hotline polis di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran. BERNAMA

Artikel Lain