PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat dua laporan polis, masing-masing terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.Anwar ditemani peguamnya R. Sivarasa membuat laporan polis itu di Balai Polis Damansara Utama, Petaling Jaya petang ini. Beliau membuat laporan polis kerana mendakwa terdapat kenyataan palsu dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwat terhadapnya dan berkaitan kes mata lebamnya pada 1998.Anwar, 65, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun tahun lepas.Dalam insiden kes mata lebamnya pula, beliau mendakwa Abdul Gani dan Musa memalsukan bukti atau keterangan siasatan kes itu. BERNAMA