TAWAU: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badannya, dalam semak di Km 4 Jalan Bunga Raya,Sin On Tiku di sini pagi semalam.Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau DSP Daches Semob berkata pekerja kawasan pembinaan berumur 36 tahun itu dipercayai mati ditikam oleh seorang lelaki yang juga berasal dari Indonesia. Beliau berkata siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki yang tiba di Tawau bersama isterinya dua bulan lalu itu diserang semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya."Kami sudah kenal pasti suspek yang berumur sekitar 30-an, dan kami sedang memburunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Menurutnya kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh, dan polis percaya kejadian itu berpunca daripada perbalahan mengenai hutang.Mayat lelaki itu kini berada ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. BERNAMA