KUANTAN: Seorang ahli perniagaan dan pembantu tadbir Risda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menipu seorang wanita melibatkan RM38,950 pada tahun lepas.Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad, 30, dan Abdul Aziz Mohamad, 52, bersamasama dengan seorang yang masih bebas didakwa melakukan penipuan dengan mendorong Zabidah Salleh, 46, untuk menyerahkan wang berkenaan sebagai bayaran mendapatkan tender bagi kerjakerja mencabut, membersih dan membuang jambatan sementara di KM18.5 laluan C17 Jalan Kampung SoiCheruk Paloh di sini. Keduaduanya dari Pekan, melakukan kesalahan itu di alamat A264 Lorong 2, Medan Tok Sira di sini pada 8 pagi hingga 6 petang antara 4 dan 9 Julai tahun lepas.Tuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.Majistret Nordiana Abd Aziz membenarkan ikat jamin masingmasing RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 30 Sept depan untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Mohamed Zakaria. BERNAMA