suria

Adun Bagan Pinang selamat dikebumikan

Norsyafitra, 13, anak bongsu Allahyarham Adun Bagan Pinang Azman Mohammad Noor, menyiram air mawar ke atas pusara bapanya yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam kariah Bagan Pinang di sini, malam tadi. Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan). Azman, 54, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2.30 petang tadi akibat jangkitan dalam darah. --foto BERNAMA.

PORT DICKSON: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang Allahyarham Azman Mohammad Noor, 54, yang meninggal dunia petang tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang di sini selepas solat Maghrib malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Port Dickson.

Hampir 300 orang hadir di tanah perkuburan itu, antaranya Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Isa Samad, Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Mohd Helmi Din dan Anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2.30 petang semalam selepas terkena jangkitan dalam darah. BERNAMA

Artikel Lain