Tiga kereta dan sebuah motosikal tertimbus di bawah tanah. Foto THE STAR oleh CHAN TAK KONGKUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan mengarahkan 50 penghuni di sekitar kawasan Flat Taman Cheras Awana berpindah serta merta ekoran kejadian tanah runtuh setelah hujan lebat melanda Lembah Klang petang tadi.Lima puluh penghuni yang diarahkan pindah serta merta oleh Ketua Polis Daerah Kajang itu melibatkan 10 buah keluarga. Kejadian itu juga telah memusnahkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal yang tertimbus oleh tanah runtuh itu.Para penghuni mendakwa sebelum kejadian tanah runtuh itu berlaku, para kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang sedang membina tembok penghalang hakisan di lereng bukit kawasan berkenaan.Ketua Polis Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis Sakaruddin Che Mood yang melawat tempat kejadian mengarahkan 10 keluarga mengosongkan kediaman mereka serta merta.Lima keluarga dipindahkan sementara ke Dewan Masyarakat Cheras Permai manakala selebihnya menumpang di kediaman saudara mara yang terdekat. Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Ng Thien Chee berkata, Jabatan Kejuruteraan majlis itu akan menjalankan siasatan bagi memastikan sama ada kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kontraktor berkenaan menepati paiwaian. Beliau berkata, keluarga yang menjadi mangsa akan diberikan wang pampasan.Salah seorang penghuni flat yang terlibat, B. Ravindran, 42, ketika ditemui wartawan berkata, kereta Wira dan Kancil miliknya musnah ditimbus tanah dalam kejadian itu. “Keluarga saya dan diri saya sendiri kini menghadapi kesukaran untuk bergerak tanpa kereta mereka sekarang. Isteri saya menggunakan salah sebuah kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah," katanya.