KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang berada dalam tahanan reman kerana dakwaan dadah sejak April 2007, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang tahanan lain, dua tahun lepas.Muhammad Amam Abdul Rahman, 39, Mohd Rushdi Mohd Yusoff, 33, dan Erick Sandi, 30, didakwa dengan niat bersama memukul Tah Eng Kiam, 40, menggunakan tangan dan menendang sehingga menyebabkan kematiannya. Mereka yang masingmasing bekerja sebagai kontraktor, pembantu kedai makan dan pemandu lori didakwa melakukan kesalahan itu di Lokap Blok A Balai Polis Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, pada 12.15 tengah hari, 24 April 2007.Ketigatiga tertuduh yang diwakili peguam N.Sivanesan, didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, mereka didakwa masuk ke dalam sel mangsa dan menolak lalu memukulnya sehingga menyebabkan tempurung kepala mangsa retak berukuran 6 sentimeter.Mangsa yang direman atas kesalahan dadah di balai polis yang sama, cedera parah dan meninggal dunia di hospital dua bulan kemudian.Bagaimanapun, Sivanesan memohon mahkamah agar memberikan masa dan peluang kepadanya untuk menyediakan laporan mitigasi terhadap ketigatiga tertuduh.Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan 21 Disember ini untuk mendengar mitigasi dan menjatuhkan hukuman. BERNAMA