suria

28 Pelacur Warga China Ditahan

SUBANG: Dua puluh lapan pelacur warga China ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan polis dari Bukit Aman di pusat karaoke sebuah hotel mewah di sini, malam semalam.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, ada di antara mereka sedang melayan pelanggan dan terdapat kira-kira 230 pelanggan berada di 15 bilik karaoke.

Mereka yang ditahan berumur antara 25 hingga 30 tahun dan memasuki negara ini menggunakan visa pelajar.

Kesemua mereka yang ditahan dan dibawa ke Bukit Aman untuk disiasat mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas pelajar.

Sumber polis berkata pusat itu telah diserbu sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun.

Modus operandi sindiket ialah kereta mewah membawa wanita berkenaan ke hotel dan kemudian berjumpa dengan pelanggan di bilik karaoke untuk urusan lanjut. BERNAMA

Artikel Lain