IPOH: Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Pertama di sini, awal pagi ini.Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Mohad Isa Hussin berkata, mangsa Noel Joseph, 82, ditemui terbaring di ruang makan rumahnya dengan sehelai tuala dililit di bahagian lehernya. "Sebelum kejadian, mangsa tinggal bersendirian manakala isteri dan anak lelakinya pergi menziarahi anak perempuannya yang tinggal di Tambun, di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.Mohad Isa berkata, apabila isterinya E Mariamar, 70, pulang pada pukul 8 pagi ini mendapati suaminya terbaring di ruang makan dan mangsa tidak bernafas lagi lalu membuat laporan polis.Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sementara itu, dalam kejadian lain, seorang lelaki warga Indonesia terbunuh selepas terjatuh dari bangunan empat tingkat yang masih dalam pembinaan di bandaraya ini hari ini.Mangsa yang belum dikenalpasti identitinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permasuri Bainun.Kejadian itu tiada unsur jenayah dan polis menyifatkannya sebagai kes mati mengejut. - BERNAMA