suria

Tiada Penangguhan, Keputusan PMR Tetap Diumumkan Esok

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin kononnya pengumuman keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang sepatutnya diumumkan esok terpaksa ditangguhkan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menegaskan: "Tiada sebarang penangguhan.

"Pasal apa kita nak tangguhkan keputusan itu. Segala-galanya dah sedia. Tidak ada apa-apa penangguhan."

Beliau berkata demikian kepada mStar Online di sini hari ini.

Kata Alimuddin, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi esok.

Tambah beliau, calon persendirian pula akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.

Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Bagi para pelajar atau ibu bapa mereka yang sedang bercuti atau tidak dapat hadir ke sekolah boleh menghubungi pihak sekolah menerusi telefon atau e-mel untuk mendapatkan keputusan masing-masing.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan