suria

Daging Babi Disenarai Barang Kawalan Sempena Tahun Baru Cina

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyenaraikan daging babi sebagai barang kawalan sempena perayaan Tahun Baru Cina bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi mengawal harga daging itu yang menjadi makanan utama masyarakat Cina pada perayaan berkenaan.

"Kita akan umumkan secara terperinci mengenai harga daging babi dan senarai penuh harga barang kawalan pada awal Februari ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian itu akan menguatkuasakan harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina selama 12 hari bermula 10 hingga 21 Februari ini. - BERNAMA

Artikel Lain