suria

140,000 Kenderaan Dijangka Guna Jambatan Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) menjangkakan kira-kira 140,000 kenderaan akan menggunakan Jambatan Pulau Pinang mulai hari ini sehingga Ahad ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Jurucakap PBSB berkata, pengguna dijangka mula masuk ke bahagian pulau hari ini selepas negeri Kedah akan mula bercuti esok dan jumlah kenderaan dijangka terus bertambah menjelang Ahad.

"PBSD telah membuat persediaan dengan menambah jumlah kakitangan terutama peronda bagi memastikan Jambatan Pulau Pinang tidak mengalami kesesakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Jambatan Pulau Pinang di 1300-1300-03 untuk mendapatkan maklumat berhubung trafik terkini. - BERNAMA

Artikel Berikut