suria

1,000 Berarak Serahkan Memorandum Isu YBK

SHAH ALAM: Hampir 1,000 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Umno Selangor berarak dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor bagi membantah tindakan kerajaan negeri berhubung tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.

Antara kandungan memorandum itu ialah meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima bayaran cukai oleh YBK seterusnya meluluskan pelan pembangunan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik yayasan itu di Serendah.

Kumpulan itu juga meminta Abdul Khalid memikirkan nasib rakyat miskin yang dibela oleh YBK lebih daripada kepentingan politik. Antara yang menyertai perarakan itu ialah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan