suria

Anggota Tentera Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Genting Klang berhampiran Taman Bunga Raya di sini pagi tadi.

Akibat pertembungan itu, mangsa Tommy Anak Pelawan, 22, berasal dari Sarawak yang bertugas di Kem Sungai Besi di sini mengalami cedera parah di leher dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah terhumban ke dalam kereta itu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu berlaku ketika mangsa yang datang dari arah pusat bandar menuju ke arah Taman Melati bertembung dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang.

Kereta jenis Proton Satria yang dipandu oleh seorang warga emas berumur 78 itu dipercayai keluar dari simpang tiga Jalan Genting Klang untuk menuju ke arah pusat bandar.

Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

Artikel Lain