KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-enam memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan perdagangan semasa negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Timbalan Perdana Menteri berkata forum itu akan mempercepatkan lagi pertumbuhan perdagangan sesama negara anggota ke arah mencapai sasaran 20 peratus atau hampir AS$250 bilion menjelang 2015. (AS$1=RM3.225) "Forum ini menjadi gerbang untuk membolehkan ahli perniagaan wanita dan para pemimpin muda untuk menggalakkan perdagangan dan keusahawanan perniagaan melalui dialog, usaha jaringan dan kerjasama ekonomi," katanya di prapembukaan praforum dan pameran WIEF ke-enam di sini hari ini.Pada 2005, Perdagangan sesama OIC di dalam bentuk eksport hanya merupakan 13.6 peratus daripada keseluruhan eksportnya atau AS$135 bilion sambil ia telah meningkat kepada 16.7 peratus pada tahun lepas, kata Muhyiddin.Timbalan Perdana Menteri berkata sejumlah AS$3.4 bilion di dalam bentuk urus niaga telah ditandatangani antara ahli perniagaan dari negara-negara yang mustahil berpeluang berbuat demikian di dalam WIEF 2009 yang lepas. - BERNAMA