suria

100 Majikan Di Melaka Dikompaun Gagal Carum Perkeso

MELAKA: Seramai 100 majikan di Melaka dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 kerana kesalahan gagal mendaftar pekerja dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Melaka, Zainol Abu berkata, mereka ini dikesan oleh petugas Perkeso dalam "Ops Kesan" yang dijalankan sejak awal bulan ini.

Seramai 200 majikan lagi diberi amaran serta tempoh 14 hari untuk mendaftar pekerja mereka dengan Perkeso, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Zainol berkata, operasi sebulan itu melibatkan pemeriksaan terhadap 2,000 majikan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain