suria

25 GRO Warga Asing Ditahan

BUTTERWORTH: Seramai 25 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma dekat sini malam tadi.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan, berkata mereka terdiri 12 rakyat China dan 13 dari Vietnam yang ditahan kerana pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki permit dan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Mereka yang ditahan dalam operasi dua jam itu berusia antara 20 dan 35 tahun," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Abdul Rahman berkata seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dipercayai penjaga premis hiburan berkenaan turut ditahan.

Katanya ini merupakan serbuan kedua di premis hiburan berkenaan sejak Januari lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain