suria

34 Rakyat China Ditahan Dalam Ops Noda

GEORGE TOWN: Polis menahan 34 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan 'Ops Noda' di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kesemua wanita yang berusia antara 25 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi pada pukul 1 pagi.

Turut ditahan seorang rakyat tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga premis itu.

"Sebaik menyedari diserbu mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi polis berjaya menahan mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata kesemua wanita itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral.

"Kami menjalankan operasi ini hasil maklumat dan aduan orang awam dan siasatan awal mendapati GRO terbabit memberi perkhidmatan seks dalam bilik pusat hiburan itu," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain