suria

Bayi Antara 19 Pati Ditahan Dalam Ops Sapu

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin termasuk seorang bayi perempuan dalam Ops Sapu malam tadi hingga awal pagi Selasa di beberapa lokasi di sini dan di Pendang.

Timbalan pengarahnya Hasreena Hashim berkata daripada jumlah itu, tujuh adalah warga Kemboja, lima Myanmar, empat Bangladesh dan tiga orang warga Indonesia.

"Operasi selama lapan jam bermula kira-kira pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 4 pagi itu dilakukan di lapan lokasi sekitar Alor Setar dan di Felda Sungai Tiang, Pendang," katanya kepada pemberita di sini.

Hasreena berkata seorang daripada Pati warga Indonesia yang ditahan semalam pernah diberkas sebelum ini dan dihantar pulang ke negaranya empat bulan lepas kerana masuk ke Malaysia tanpa pas perjalanan dan kali ini dia ditahan atas kesalahan yang sama. "Wanita yang berumur 20-an dan berkahwin dengan warga Myanmar itu tidak serik apabila memasuki semula negara ini tanpa membawa sebarang pas perjalanan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain