suria

Aidilfitri Lebih Meriah Dengan Konsep 1Malaysia - Maglin

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Penerangan Datuk Maglin D'Cruz hari ini berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas kerana pengenalan konsep 1Malaysia.

Katanya rakyat berbilang kaum turut sama meraikan sambutan Aidilfitri walaupun ia merupakan perayaan yang disambut khusus oleh umat Islam.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Ahli Jemaan Menteri di Seri Perdana di sini, Maglin turut memuji rakyat Malaysia yang telah banyak bersedekah dan membantu orang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim.

"Saya juga ingin berpesan kepada semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati ketika memandu dan menjaga keselamatan diri ketika musim perayaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain