SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan industri pelancongan negeri itu terus berkembang pesat, menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail.Beliau berkata tindakan itu antara lain memberikan pehatian terhadap usaha memajukan prasarana dan kemudahan pelancongan di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong. Selain itu, proses permohonan membangunkan projek berkaitan pelancongan dipermudah dan dipercepatkan di samping menggalakkan pembabitan sektor swasta bagi merancakkan pembangunan bidang ini, katanya di sini, Khamis.Sementara itu, katanya sektor pelancongan menunjukkan perkembangan positif dan menyumbang kepada peningkatan hasil kerajaan negeri, dengan kira-kira RM546 juta dibelanjakan pelancong di negeri ini sepanjang tahun lepas.Lebih dua juta pelancong melawat negeri ini pada tempoh itu di mana pelancong asing membelanjakan purata RM351.20 sehari sementara pelancong tempatan berbelanja RM210.72, tambahnya. - BERNAMA