suria

Warga Emas Ditemui Mati Di Taman Permainan Kanak-kanak

TAWAU: Seorang warga emas yang sering menjadikan sebuah taman permainan kanak-kanak di sini iaitu Taman Pelita sebagai tempatnya untuk bermalam, dijumpai mati di taman tersebut pagi, Khamis.

Lelaki dalam lingkunan umur 60-an itu ditemu kira-kira 6.30 pagi dengan terdapat kesan pendarahan pada hidungnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata kematiannya dianggap sebagai kematian mengejut.

Orang ramai yang mengenali lelaki tua berketurunan Cina itu diminta menghubungi polis. Dia diperayai berasal dari Kota Kinabalu.

Sementara itu seorang lagi warga emas berumur 67 tahun dilaporkan meninggal ketika hendak berjoging berhampiran rumahnya di Taman Damai di sini pagi, Khamis.

Tan Hock Guan meninggal di atas pangkuan salah seorang anaknya di hadapan rumahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain