suria

100 Orang Berdemonstrasi Di Hadapan DUN P. Pinang

Sebahagian daripada lebih 100 penduduk Kampung Genting, Balik Pulau yang membuat demontrasi aman di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat berlangsungnya persidangan DUN di sini, Selasa. Demonstrasi itu bagi menyerahkan memorandum bantahan 29 penduduk Kampung Genting yang tidak bersetuju tanah mereka diambil oleh kerajaan negeri untuk dijadikan tapak universiti swasta di negeri itu.- Foto BERNAMA.

GEORGE TOWN: Lebih 100 orang mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang mereka anggap sebagai "diktator".

Mereka terdiri penduduk Kampung Genting di Balik Pulau, yang tanah mereka dilaporkan diambil untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta anggota Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini. Turut menyertai bantahan itu ialah anggota Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketua Pemuda Umno Balik Pulau Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting, berkata kedatangan mereka adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung pengambilan hampir 40 hektar tanah milik 29 penduduk kampung itu.

"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya Ng Wei Aik," katanya kepada pemberita.

Aziaan berkata semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.

Demonstrasi yang bermula pada 10.30 pagi itu berlangsung selama satu jam sebelum disuraikan oleh polis.

Beberapa penduduk memanjat pagar bangunan DUN itu manakala seorang daripada mereka mengunci badannya menggunakan rantai pada pagar selepas gagal bertemu dengan ketua menteri.

Seorang lelaki berusia 30-an ditahan kerana enggan mematuhi arahan supaya beredar dari kawasan itu.

Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata seramai 18 peniaga kecil di tingkat tiga Komtar nekad meneruskan perniagaan kerana itu sajalah sumber pendapatan mereka.

Ketua Pasukan Tindakan Khas PCM, Tham Weng Fatt pula berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang suka menindas rakyat dengan menaikkan kadar tarif air dan mengutip bayaran tempat meletak kereta sehingga tengah malam.

Sementara itu, usaha Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, untuk memulangkan kepada kerajaan negeri wang ihsan berjumlah RM20,000 yang diterima daripada warga emas yang enggan mengambilnya kerana mendakwa ia daripada punca perjudian, tidak berhasil kerana kerajaan negeri enggan menerimanya.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hanya menerimanya selepas semua warga emas terbabit mengisi borang yang disediakan di Pejabat Daerah bagi membatalkan penerimaan wang ihsan itu. -BERNAMA

Artikel Lain