suria

Anggota Polis Didakwa Di Mahkamah Menyebabkan Kekasihnya Melecur

KANGAR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kekasihnya yang tinggal sekampung dengannya melecur dan cedera parah di atas jambatan di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis pada Rabu lepas.

Ahmad Faiz Ramli, 24 yang telah ditahan kerja akibat kes lain dan menetap di Kampung Baru, Kuala Perlis serta tidak diwakili peguam, tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Dia dituduh dengan sengaja menggunakan api terhadap kekasihnya itu seorang remaja berumur 17 tahun hingga menyebabkan mangsa cedera parah dan melecur di bahagian muka, leher dan lengan kiri di atas jambatan di Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis pada pukul 9.30 malam.

Tertuduh yang pernah berkhidmat di Pulau Pinang sebelum ditahan kerja pada penghujung 2008 didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda serta sebat.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 8 Mac ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Artikel Lain