KUALA LUMPUR: Ibu Perdana Menteri Tun Rahah Mohamed Noah pada Sabtu melancarkan Program Kesejahteraan Warga Emas (SAWP) Prince Court Medical Centre (PCMC), yang menawarkan program saringan kesihatan menyeluruh kepada golongan berusia 65 tahun dan ke atas.Majlis itu berlangsung di PCMC, kemudahan penjagaan kesihatan swasta Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, di sini. SAWP adalah program saringan kesihatan tahunan bagi warga emas untuk mengesan, mencegah atau merawat dan menguruskan dengan betul penyakit serta ketidakupayaan.Ketua Pegawai Eksekutif PCMC Stuart J.V. Pack berkata, adalah penting untuk seseorang itu terus menjaga kesihatan meskipun sudah menjangkau usia emas."Kita perlu mula membantu mereka dan mengetepikan tanggapan bahawa apabila seseorang itu meningkat usia, segala-galanya menjadi perlahan atau akan menjadi mangsa penyakit berkaitan umur dan ketidakupayaan," katanya kepada pemberita.Pakej lima tahun itu berharga RM5,000 bagi lelaki dan RM5,750 bagi wanita. - BERNAMA