suria

39 Warga Asing Ditahan Di P.Pinang

GEORGE TOWN: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 39 warga asing termasuk dua kanak-kanak, dalam sembilan serbuan menerusi satu operasi khas bermula pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah malam tadi.

Pengarahnya Abdul Qadir Siddiq Ahmad berkata, kesemua mereka telah dibawa ke depoh tahanan sementara di Juru, dekat sini untuk diambil keterangan.

Mereka ditahan atas kesalahan sama ada menyalahgunakan pas lawatan sosial atau tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini .

"Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 55 Peraturan Imigresen 1959/163 kerana melindungi dan menggajikan pekerja asing di premis mereka," katanya menambah majikan yang berkenaan akan dikenakan tindakan. - BERNAMA

Artikel Lain