KOTA KINABALU: Tempoh kursus pra-perkahwinan bagi pasangan beragama Islam perlu dipanjangkan sebagai persediaan kehidupan berumahtangga yang semakin mencabar pada masa kini.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata tempoh dua hari yang diperuntukkan untuk kursus itu oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri terlalu singkat. "Saya mencadangkan agar kursus ini dipanjangkan dengan pengisian kursus dikaji semula supaya sesuai dengan permintaan dan cabaran sosial semasa."Ini langkah yang perlu kita ambil, apatah lagi dengan pelbagai gejala sosial yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keluarga Sakinah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri di sini, Ahad.- BERNAMA