suria

UPM Kecoh Apabila 10 Pemenang Pilihan Raya Kampus Dibatalkan

KECOH... Pelajar Pro-Mahasiswa cuba menolak pengawal kesalamatan yang cuba menghalang mereka daripada memasuki bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengawal keselamatan terbabit turut tercedera akibat terkena serpihan kaca yang dibaling oleh peserta yang menyertai demonstrasi tersebut. Foto THE STAR: RAJA FAISAL HISHAN.

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus sudahpun berakhir bagaimanapun bahangnya tetap terasa apabila berlaku kekecohan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia terjadi apabila 10 daripada 11 kerusi yang dimenangi calon Pro-Mahasiswa pada pemilihan wakil pelajar universiti tersebut dibatalkan pada Selasa.

Perkara tersebut menyebabkan beberapa pelajar membuat bantahan dengan berkumpul di hadapan bangunan pentandbiran disebabkan ketidakpuasan hati mereka mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak pentadbir universiti.

Mereka yang dibatalkan kemenangan itu meminta keputusan pembatalan itu ditarik balik sebelum pukul 2 petang dan meminta Naib Canselor (Bahagian Pelajar dan Alumni), Prof Dr Fauzi Ramlah memohon maaf secara peribadi kepada mereka.

Sementara itu, Prof Fauzi berkata beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pelajar yang terlibat dengan demonstrasi tersebut sehingga memecahkan sebuah pintu di bangunan pentadbiran UPM.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta pihak universiti mengiktiraf keputusan pilihan raya kampus yang dijalankan.

Artikel Berikut

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan