MESRA ... Calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, (kanan) bersalaman dengan calon PAS, Hasanuddin Salim, 43, ketika penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, Sabtu. Pilihan raya kecil akan diadakan pada 6 Mac ini setelah kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN pada 12 Februari lepas. - Foto BERNAMABERIKUT kronologi penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang pada Sabtu: 11.30 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengesahkan dua calon bertanding di PRK DUN Kerdau. 11.00 pagi: Tempoh pameran notis dan bantahan tamat, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman. 10.00 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan PRK DUN Kerdau ditutup. Kini tempoh bantahan bermula selama 1 jam sehingga 11 pagi. 9.26 pagi: Suasana di luar perkarangan pusat penamaan calon tegang dengan sorakan penyokong kedua-dua parti. 9.18 pagi: Kira-kira 5,000 penyokong BN berkumpul di luar kawasan pusat penamaan calon.9.02 pagi: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad tiba di pusat penamaan calon diiringi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai.9.00 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan calon dibuka selama satu jam. 8.50 pagi: Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di khemah Pakatan Rakyat.8.35 pagi: Calon PAS, Hassanuddin Salim tiba di pusat penamaan calon diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.8.30 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat mula berarak dari Plaza Temerloh menuju ke pusat penamaan calon.7.00 pagi: Penyokong kedua-dua parti mula berkumpul di tempat yang ditetapkan.6.00 pagi: Jalan-jalan utama menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mula ditutup.Anggota mula mengadakan kawalan keselamatan di sekitar kawasan pusat penamaan calon.